Jumaat, 9 Oktober 2020

GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR

 

TEKNIK MEMBACA: 

ADAKAH ANDA TAHU MEMBACA JUGA MEMPUNYAI TEKNIK TERSENDIRI?

 

Sebelum anda mendalami teknik membaca dengan lebih lanjut, mari sama-sama kita meneliti konsep membaca. Membaca merupakan suatu perkara yang sangat dititikberatkan dalam kehidupan diri setiap manusia terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Hal ini dikatakan demikian kerana perlajar ini perlu menambahkan ilmu pengetahuan supaya dapat berfikir dan membuat suatu perkara itu dengan lebih teratur dan rasional. Pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh dapati seperti surat khabar, buku rujukan, jurnal, nota kuliah, modul, rencana mahupun di laman web. Oleh hal yang demikian, kemahiran membaca ini perlu dikuasai kerana membaca ini merupakan asas kepada pembelajaran. Secara literalnya, dengan penguasaan dalam kemahiran membaca ini pelajar boleh mengenal pasti sama ada sesuatu perkara itu penting untuk dibaca atau tidak. Oleh itu, perkara ini boleh menjimatkan masa dalam pembacaan tersebut dan secara automatik pelajar boleh mengenal pasti isi-isi penting serta dapat memudahkan individu itu mengingat dengan baik.

TUJUAN MEMBACA

Sebelum itu, apa itu membaca? Membaca ialah suatu proses yang kompleks menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan fizikal. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah mencakupi bahasa sesuatu bahan yang dibaca. Kemahiran membaca perlu diajar dan diterapkan secara berkesan supaya setiap individu khususnya murid dan pelajar dapat menguasai kemahiran ini. Kemahiran membaca juga sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran yang lain-lain seperti mendengar, bertutur serta menulis. 

Disini saya nyatakan tujuan asas membaca: 

  • Menganalisis, interprestasi dan menggunakan maklumat
  • Mencari maklumat khusus
  • Mendapat kerangka awal
  • Hiburan
  • Mengaplikasikan maklumat yang dibaca

1. Menganalisis, interprestasi dan menggunakan maklumat

Pembacaan perlukan keterlibatan secara aktif dengan teks, kritis dan analitikal dalam memikir, meneroka sebelum soalan dan persoalan dapat memahami, membanding beza, menilai serta interpretasi teks. Untuk pengetahuan anda, pembaca yang analitikal, semasa pembacaan dilakukan pembaca akan berhenti sejenak untuk mentafsir isi-isi termasuk isi tersurat dan menganalisis maklumat tersebut sebelum mengapklikasi dan menggunakan maklumat tersebut untuk memastikan kesahihannya.  

 

2. Mencari maklumat khusus

Pembaca membaca bahagian yang tertentu sahaja untuk mendapatkan maklumat yang khusus tersebut dan abaikan bahagian yang tidak relevan.

 

3. Mendapat kerangka awal

Untuk mendapatkan suatu idea umum sebagai alat bantu pembacaan dan memudahkan untuk membuat keputusan. Misalnya seperti sinopsis buku, abstrak jurnal, senarai kandungan buku dan sebagainya. 

 

4. Hiburan

Membaca juga perlu dilakukan secara santai contohnya bahan bacaan yang merangkumi fiksyen dan bukan fiksyen. Karya sastera yang merupakan bahan kajian akademik juga dikategorikan dan dianggap sebagai bacaan santai. 

 

5. Mengaplikasi maklumat yang dibaca

Dalam pencarian bahan bacaan, perlulah kita mencari maklumat khusus. Sebagai contoh tutoial penggunaan, Manual dan Panduan Periksaan. 

 

 

TEKNIK MEMBACA

 

Menurut Malone, 2004 telah menyatakan bahawa kebiasaannya seseorang boleh membaca secara purata pada kelajuan 240 perkataan seminit. Setiap manusia mesti ingin menjadi pembaca yang berkesan bukan? Setiap manusia perlu membangunkan kemahiran akademik dan mengamalkan strategi pembacaan yang berkesan. Bagaimana? Mari teruskan bacaan untuk mendapatkan strategi-strategi yang boleh kita amalkan.

 

Sebelum itu, jenis pembacaan terpecah kepada 2 bahagian: 

 

1. PEMBACAAN PERLAHAN

Kadar kelajuan dalam pembacaan perlahan ini adalah di bawah 200 patah perkataan per minit. Semasa anda melakukan pembacaan secara pelahan ini, and perlulah berfikiran secara kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca. Selain itu, anda juga berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca. Kemudian, nilai dan analisis penulisan tersebut. 

 

Apabila anda aplikasikan dan mempraktikkan cara dalam pembacaan anda, anda akan lebih memahami bahan bacaan dan secara tidak langsung memudahkan anda untuk mengingati isi-isi penting dalam penulisan itu. 

 

Tujuan pembacaan perlahan ini adalah untuk meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam, menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan dan akhir sekali dapat menilai dan menganalisis penulisan.

 

Teknik pembacaan perlahan

  • Teknik SQ3R
  • Teknik KWLH

1.    TEKNIK SQ3R

Pada tahun 1970, Robinson telah mencipta teknik SQ3R berdasarkan teori psikologi pembelajaran. Melalui teknik ini pembaca mudah untuk mengenal pasti sesuatu, menguasai dan mengingati fakta serta idea. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan SQ3R. 

 


SQ3R singakatan bagi:

 

S (Survey) - Meninjau

Q (Question) - Menyoal

R (Read) - Membaca

R (Recite) - Menyatakan semula

R (Review) - Menyemak

 

1.    Survey atau tinjau berdasarkan langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang dibaca. Tinjau ini dilakukan untuk meneliti perkara-perkara yang penting dalam suatu bahan bacaan termasuk gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, tajuk, subtajuk dan sebagainya. 

2.    Question atau soal. Berdasarkan teks yang telah dibaca, seseorang itu perlu menyenaraikan soalan-soalan mengenai teks tersebut. Soalan-soalan itu mestilah berkaitan dengan perkara yang ingin diketahui.

3.    Read atau membaca. Daripada membaca, segala persoalan kita boleh terjawab serta-merta. Semakin banyak pembacaan yang dilakukan, semakin banyak persoalan yang akan timbul. Malah, apabila kita meneruskan pembacaan, kita dapat menyelesaikan segala persoalan. Hal ini kerana, setiap manusia mempunyai sifat ingin tahu, oleh itu kita akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. 

4.    Recite atau menyatakan semula. Apabila kita selesai membaca, kita pelu mengingat semula perkara yang telah dibaca dan meneliti semula. Selain itu, sebagai menguji minda kita, kita juga boleh mencuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan tadi tanpa merujuk mana-mana nota atau bahan yang telah dibaca. 

5.    Review atau baca semula. Ini merupakan peringkat yang terakhir. Peringkat ini, kita membaca semula bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan tersebut. Kita juga perlu memastikan tiada fakta penting tertinggal. Selain itu, kita boleh menambah atau mengubah suai nota dengan lebih menumpukan bahagian yang kita lemah. 

 

2.    TEKNIK KWLH

Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dona Ogle (1986). Teknik ini menggunakan konsep menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan bacaan yang dibaca. Teknik ini lebih mudah untuk pelajar membuat suatu rujukan kerana teknik ini lebih mudah tetapi padat. Sebelum itu, apa itu KWLH?

 

K (Know)- apa yang sudah diketahui

W (What)-  apa yang ingin diketahui

L (Learned)- apa yang hendak diketahui semasa membaca bahan bacaan 

H (How)- cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui pembacaan seterusnya)

 

Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan teknik KWHL, 

 

 

Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaanya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi. 

TUJUAN

1.    Pelajar mudah untuk menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.

2.    Pelajar sendiri boleh menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.    Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

 

4.    PEMBACAAN CEPAT

 

Pembacaan ini menggunakan konsep mambaca tanpa memarhatikan setiap perkataan dengan teliti. Pembacaan yang cepat perlu mampu membaca artikel secara sistematik dari mula sampai hujung ayat. Kadar kelajuan dalam membaca bahan mudah adalah 600 per minit. Menurut Malone (2004), kadar kelajuan untuk membaca bahan lebih sukar adalah 400 per minit.

 

Kaedah pembacaan cepat ini lebih mudah untuk memahami bahan bacaan dan mengingatinya isi-isi penting yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.

 

Teknik pembacaan cepat

  • Teknik Skimming (luncuran) dan Scanning (imbasan)

    TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN) DAN SCANNING (IMBASAN)

·                 Teknik Skimming (luncuran)

Teknik ini dilakukan saat orang membaca ekstensif. Skimming adalah teknik yang mengambil isi atau idea umum dalam suatu bahan bacaan. Tujuaannya adalah untuk mempermudahkan untuk mengetahui isi kandungan bahan bacaan tersebut dengan cepat hanya dengan mengesan maklumat. Hal ini dapat menjimatkan masa pembelajaran kerana tertumpu kepada pengenalpastian isi utama dan rumusan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.


Langkah teknik skimming:

1.    Setelah dapat bahan bacaan, pelajar mestilah mengenalpasti ciri-ciri utama bahan tersebut seperti judul, tajuk dan subtajuk untuk menganalisis bahan bacaan tersebut.

2.    Kemudian, untuk menambah maklumat pelajar mestilah mengesan jadual, gambar rajah atau ilustrasi grafik yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.

3.    Baca ayat pertama dan ayat terakhir dalam suatu perenggan tersebut kerana teknik ini memberi tumpuan terhadap teks tertentu sahaja.

4.    Sambil mata bergerak melalui teks secara zig-zag, kenal pasti kata kunci atau frasa penting seperti “Pertamanya”, “Khususnya”, “Yang utama” dan sebagainya

5.    Teruskan dengan memikir maksud dan kerelevenan bahan yang dibaca dengan isu yang dikaji.

 

·                 Teknik Scanning (imbasan)

Scanning adalah suatu teknik membaca untuk mendapatkan suatu informasi dengan cepat. Scanning dapat menjimatkan masa yang mungkin terbuang kerana pencarian yang tidak sistematik.

 

Langkah teknik skimming:

  1. Pelajar perlu membaca teks yang penting sahaja
  2. Pelajar juga perlu menggunakan senarai isi kandungan, indeks, glosari dan kerangka awal pada permulaan topik untuk membantu anda mencari maklumat khusus yang dikehendaki
  3.  Berikan perhatian lebih kepada teks yang mempunyai huruf tebal (bold), huruf condong (italic), ayat bergaris atau saiz fon yang lebih besar.

 

Tuntasnya, jelaslah bahawa membaca dengan cepat dan tepat dengan menggunakan teknik yang betul mampu mempengaruhi kejayaan seseorang kerana membaca dengan teknik yang betul ini merupakan salah satu elemen dalam kemahiran belajar. Oleh itu, setiap orang mampu mempraktikkan teknik ini terutamanya pelajar.

Semoga bermanfaat untuk anda:)



RUJUKAN
  
           Faizal Dumit (n. d.). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. https://faizalbmm 3105.weebly.com/kemahiran-membaca.html

     Maisara (2015, Februari). Definisi Kemahiran Membaca. https://www.slideshare. net/aliarissa/definisi-kemahiran-membaca

         MotivED. (2020, Jun 8). Kemahiran Membaca Teknik SQ3R. [Video]. https:// www. youtube.com/watch?v=DpiCjzL4q7U

       Munirah Muni (2012, April). Kelebihan dan Faedah Membaca Buku.  https://www. slideshare .net/MunirahMuni/kelebihan-dan-faedah-membaca-buku

             Wong Kiet Wah, N. M. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor : Oxford Fajar 

 


              
              


GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR

  TEKNIK MEMBACA:   ADAKAH ANDA TAHU MEMBACA JUGA MEMPUNYAI TEKNIK TERSENDIRI?   Sebelum anda mendalami teknik membaca dengan lebih la...