TEKNIK MEMBACA:
ADAKAH ANDA TAHU
MEMBACA JUGA MEMPUNYAI TEKNIK TERSENDIRI?
Sebelum anda mendalami teknik membaca dengan lebih lanjut, mari
sama-sama kita meneliti konsep membaca. Membaca merupakan suatu perkara yang
sangat dititikberatkan dalam kehidupan diri setiap manusia terutamanya kepada
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Hal ini dikatakan demikian kerana
perlajar ini perlu menambahkan ilmu pengetahuan supaya dapat berfikir dan
membuat suatu perkara itu dengan lebih teratur dan rasional. Pelbagai jenis
bahan bacaan yang boleh dapati seperti surat khabar, buku rujukan, jurnal, nota
kuliah, modul, rencana mahupun di laman web. Oleh hal yang demikian, kemahiran
membaca ini perlu dikuasai kerana membaca ini merupakan asas kepada
pembelajaran. Secara literalnya, dengan penguasaan dalam kemahiran membaca ini
pelajar boleh mengenal pasti sama ada sesuatu perkara itu penting untuk dibaca
atau tidak. Oleh itu, perkara ini boleh menjimatkan masa dalam pembacaan
tersebut dan secara automatik pelajar boleh mengenal pasti isi-isi penting
serta dapat memudahkan individu itu mengingat dengan baik.
TUJUAN MEMBACA
Sebelum itu, apa itu membaca? Membaca ialah suatu proses
yang kompleks menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan
fizikal. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah mencakupi bahasa sesuatu bahan yang
dibaca. Kemahiran membaca perlu diajar dan diterapkan secara berkesan supaya
setiap individu khususnya murid dan pelajar dapat menguasai kemahiran ini.
Kemahiran membaca juga sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan
kemahiran yang lain-lain seperti mendengar, bertutur serta menulis.
Disini saya nyatakan tujuan asas membaca:
- Menganalisis, interprestasi
dan menggunakan maklumat
- Mencari maklumat khusus
- Mendapat kerangka awal
- Hiburan
- Mengaplikasikan maklumat
yang dibaca
1. Menganalisis, interprestasi
dan menggunakan maklumat
Pembacaan perlukan keterlibatan secara aktif dengan teks, kritis dan
analitikal dalam memikir, meneroka sebelum soalan dan persoalan dapat memahami,
membanding beza, menilai serta interpretasi teks. Untuk pengetahuan anda,
pembaca yang analitikal, semasa pembacaan dilakukan pembaca akan berhenti
sejenak untuk mentafsir isi-isi termasuk isi tersurat dan menganalisis maklumat
tersebut sebelum mengapklikasi dan menggunakan maklumat tersebut untuk
memastikan kesahihannya.
2. Mencari maklumat
khusus
Pembaca membaca bahagian yang tertentu sahaja untuk
mendapatkan maklumat yang khusus tersebut dan abaikan bahagian yang tidak
relevan.
3. Mendapat kerangka
awal
Untuk mendapatkan suatu idea umum sebagai alat
bantu pembacaan dan memudahkan untuk membuat keputusan. Misalnya seperti
sinopsis buku, abstrak jurnal, senarai kandungan buku dan sebagainya.
4. Hiburan
Membaca juga perlu dilakukan secara santai
contohnya bahan bacaan yang merangkumi fiksyen dan bukan fiksyen. Karya sastera
yang merupakan bahan kajian akademik juga dikategorikan dan dianggap sebagai
bacaan santai.
5. Mengaplikasi
maklumat yang dibaca
Dalam pencarian bahan bacaan, perlulah kita mencari
maklumat khusus. Sebagai contoh tutoial penggunaan, Manual dan Panduan
Periksaan.
TEKNIK MEMBACA
Menurut Malone, 2004 telah menyatakan bahawa
kebiasaannya seseorang boleh membaca secara purata pada kelajuan 240 perkataan
seminit. Setiap manusia mesti ingin menjadi pembaca yang berkesan bukan? Setiap
manusia perlu membangunkan kemahiran akademik dan mengamalkan strategi
pembacaan yang berkesan. Bagaimana? Mari teruskan bacaan untuk mendapatkan strategi-strategi
yang boleh kita amalkan.
Sebelum itu, jenis pembacaan terpecah kepada 2
bahagian:
1. PEMBACAAN
PERLAHAN
Kadar kelajuan dalam pembacaan perlahan ini adalah di bawah 200 patah
perkataan per minit. Semasa anda melakukan pembacaan secara pelahan ini, and
perlulah berfikiran secara kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda
baca. Selain itu, anda juga berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian
terhadap bahan yang telah dibaca. Kemudian, nilai dan analisis penulisan
tersebut.
Apabila anda aplikasikan dan mempraktikkan cara dalam pembacaan anda,
anda akan lebih memahami bahan bacaan dan secara tidak langsung memudahkan anda
untuk mengingati isi-isi penting dalam penulisan itu.
Tujuan pembacaan perlahan ini adalah untuk meneroka tentang sesuatu
perkara yang dibaca dengan mendalam, menganalisis istilah-istilah, sintaks dan
pengolahan isi kandungan dan akhir sekali dapat menilai dan menganalisis
penulisan.
Teknik pembacaan perlahan
- Teknik SQ3R
- Teknik KWLH
1.
TEKNIK
SQ3R
Pada tahun 1970, Robinson telah mencipta teknik SQ3R berdasarkan teori
psikologi pembelajaran. Melalui teknik ini pembaca mudah untuk mengenal pasti
sesuatu, menguasai dan mengingati fakta serta idea. Mari kita lihat apa yang
dimaksudkan dengan SQ3R.
SQ3R singakatan bagi:
S (Survey) - Meninjau
Q (Question) - Menyoal
R (Read) - Membaca
R (Recite) - Menyatakan semula
R (Review) - Menyemak
1. Survey atau tinjau berdasarkan langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang perkara yang dibaca. Tinjau ini dilakukan untuk meneliti
perkara-perkara yang penting dalam suatu bahan bacaan termasuk gambar-gambar
atau ilustrasi, lakaran grafik, tajuk, subtajuk dan sebagainya.
2. Question atau soal. Berdasarkan teks yang telah dibaca, seseorang itu perlu
menyenaraikan soalan-soalan mengenai teks tersebut. Soalan-soalan itu mestilah
berkaitan dengan perkara yang ingin diketahui.
3. Read atau membaca. Daripada membaca, segala persoalan kita boleh
terjawab serta-merta. Semakin banyak pembacaan yang dilakukan, semakin banyak
persoalan yang akan timbul. Malah, apabila kita meneruskan pembacaan, kita
dapat menyelesaikan segala persoalan. Hal ini kerana, setiap manusia mempunyai
sifat ingin tahu, oleh itu kita akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan
tersebut.
4. Recite atau menyatakan semula. Apabila kita selesai membaca, kita pelu
mengingat semula perkara yang telah dibaca dan meneliti semula. Selain itu,
sebagai menguji minda kita, kita juga boleh mencuba menjawab soalan-soalan yang
disenaraikan tadi tanpa merujuk mana-mana nota atau bahan yang telah dibaca.
5. Review atau baca semula. Ini merupakan peringkat yang terakhir. Peringkat
ini, kita membaca semula bahagian buku atau teks secara berpilih untuk
mengesahkan jawapan-jawapan tersebut. Kita juga perlu memastikan tiada fakta
penting tertinggal. Selain itu, kita boleh menambah atau mengubah suai nota
dengan lebih menumpukan bahagian yang kita lemah.
Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dona Ogle (1986). Teknik ini
menggunakan konsep menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan bacaan
yang dibaca. Teknik ini lebih mudah untuk pelajar membuat suatu rujukan kerana
teknik ini lebih mudah tetapi padat. Sebelum itu, apa itu KWLH?
K (Know)- apa yang sudah diketahui
W (What)- apa yang ingin diketahui
L (Learned)- apa yang hendak diketahui semasa membaca bahan bacaan
H (How)- cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui
pembacaan seterusnya)
Jadual di bawah sebagai contoh penerapan proses membaca menggunakan
teknik KWHL,
Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaanya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.
TUJUAN:
1. Pelajar mudah untuk menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari
daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.
2. Pelajar sendiri boleh menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau
teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks
yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
4. PEMBACAAN CEPAT
Pembacaan ini menggunakan konsep mambaca tanpa memarhatikan setiap
perkataan dengan teliti. Pembacaan yang cepat perlu mampu membaca artikel
secara sistematik dari mula sampai hujung ayat. Kadar kelajuan dalam membaca
bahan mudah adalah 600 per minit. Menurut Malone (2004), kadar kelajuan untuk
membaca bahan lebih sukar adalah 400 per minit.
Kaedah pembacaan cepat ini lebih mudah untuk memahami bahan bacaan dan
mengingatinya isi-isi penting yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.
Teknik pembacaan cepat
- Teknik Skimming (luncuran)
dan Scanning (imbasan)
·
Teknik Skimming (luncuran)
Teknik ini dilakukan saat orang membaca ekstensif. Skimming adalah teknik yang mengambil isi atau idea umum dalam suatu bahan bacaan. Tujuaannya adalah untuk mempermudahkan untuk mengetahui isi kandungan bahan bacaan tersebut dengan cepat hanya dengan mengesan maklumat. Hal ini dapat menjimatkan masa pembelajaran kerana tertumpu kepada pengenalpastian isi utama dan rumusan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.
Langkah
teknik skimming:
1. Setelah
dapat bahan bacaan, pelajar mestilah mengenalpasti ciri-ciri utama bahan
tersebut seperti judul, tajuk dan subtajuk untuk menganalisis bahan bacaan
tersebut.
2. Kemudian,
untuk menambah maklumat pelajar mestilah mengesan jadual, gambar rajah atau
ilustrasi grafik yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.
3. Baca
ayat pertama dan ayat terakhir dalam suatu perenggan tersebut kerana teknik ini
memberi tumpuan terhadap teks tertentu sahaja.
4. Sambil
mata bergerak melalui teks secara zig-zag, kenal pasti kata kunci atau frasa
penting seperti “Pertamanya”, “Khususnya”, “Yang utama” dan sebagainya
5. Teruskan
dengan memikir maksud dan kerelevenan bahan yang dibaca dengan isu yang dikaji.
·
Teknik Scanning (imbasan)
Scanning
adalah suatu teknik membaca untuk mendapatkan suatu informasi dengan cepat. Scanning
dapat menjimatkan masa yang mungkin terbuang kerana pencarian yang tidak
sistematik.
Langkah
teknik skimming:
- Pelajar perlu membaca teks yang penting sahaja
- Pelajar juga perlu menggunakan senarai isi kandungan, indeks, glosari dan kerangka awal pada permulaan topik untuk membantu anda mencari maklumat khusus yang dikehendaki
- Berikan perhatian lebih kepada teks yang mempunyai huruf tebal (bold), huruf condong (italic), ayat bergaris atau saiz fon yang lebih besar.
Tuntasnya, jelaslah bahawa membaca
dengan cepat dan tepat dengan menggunakan teknik yang betul mampu mempengaruhi kejayaan seseorang kerana membaca dengan teknik yang betul ini merupakan salah satu elemen dalam kemahiran belajar. Oleh itu, setiap orang mampu mempraktikkan teknik ini terutamanya pelajar.
Semoga bermanfaat untuk anda:)





Hasil produk relevan dengan isi kandungan. Teknik dan pengolahan penulisan jelas. Latar belakang blog menarik dan relevan dengan isi kandungan. Manakala kreativiti dan inovasi masih boleh ditambahbaik. Persembahan penulisan boleh diperbaiki dari segi saiz teks, warna yang dipilih, bentuk dan jenis tulisan, serta ketebalan teks. Penulisan juga perlu ringkas, padat dan menarik perhatian.
BalasPadamPenulisan rujukan masih perlu ditambahbaik, gunakan format penulisan yang betul dan terkini, rujuk APA terkini. Semua rajah atau jadual perlu dilabelkan dengan jelas manakala rajah atau jadual yang terdapat dalam dalam penulisan anda perlu dicatatkan sumbernya dengan jelas mengikut format yang betul.